Pages

Saturday, December 22, 2018

Penternakan ayam kampung

Bagi kebanyakan masyarakat daerah Tambunan, ayam kampung wajib dan sudah menjadi hobi kesemua lapisan masyarakat tempatan. Setiap orang pastinya ada menternak ayam kampung sama ada secara komersial ataupun cuma hobi sahaja. Biasanya ayam diternak kerana hobi menternak.

Ayam kampung wajib diternak kerana ada kegunaannya iaitu, ayam kampung ini sengaja dipelihara supaya tiada pembaziran buah padi semasa menuai padi. Pada musim menuai padi, biasanya proses penuaian akan adanya pembaziran padi atau padi yang rosak dan tidak boleh dituai lagi.

Pada masa inilah ayam akan dilepaskan dan akan memakan kesemua padi-padi rosak tidak boleh dituai.selain itu, ayam kampung boleh dijual pada musim perayaan kerana permintaan pada masa itu cukup lumayan. harga ayam kampung pula agak tinggi nilainya kerana ayam kampung mengambil masa yang lama untuk diternak sehingga dewasa.

selain itu, ayam kampung juga sangat sensitif terhadap segala jenis penyakit. Apabila musim penyakit melanda, biasanya peyakit ayam ini akan berjangkit ke seluruh kampung yang terdekat dan akan mengakibatkan kesemuanya akan mati dalam masa beberapa hari sahaja.